Waktu SUBUH :
~ Pada waktu
ini alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi waktu subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang
berulang-ulang kali meninggalkannya atau terlewat waktu Subuh akan mengalami
masalah komunikasi dan rezeki.
~ Lagi satu,
tenaga alam biru tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) erti kata lain
tidur. Sebab itulah kita diperintahkan solat pada awal waktu.
~ bermulanya
azan Subuh tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimun. Tenaga inilah
yang diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu sujud dan rukuk.
~ Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
sudah tidak mendapat tenaga yang optimum.
Waktu ZUHUR :
~ Warna
kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang ada kaitan dengan sistem penghadaman.
Selain itu warna kuning juga berkaitan dengan keceriaan.
~ Jadi sesiapa yang meninggalkannya
akan mengalami masalah di perut dan hilang sifat ceria di hatinya.
Waktu ASAR :
~ Seterusnya
warna alam akan berubah ke warna oren iaitu masukknya waktu Asar. Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif.
~ Oren ialah
warna kreativiti. Orang yang tinggalkan waktu Asar ini akan hilang kreativinya.
~ Lebih malang lagi jasad dan roh
seseorang ini akan terpisah (tidur).
Waktu MAGHRIB :
~ Alam berubah ke waktu merah. Orang tua-tua selalu berpesan agar jangan
duduk di luar rumah. Kerana spektrum waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis dan mereka sangat bertenaga pada waktu ini.
~ Mereka
yang sedang melakukan sesuatu pekerjaan seelok-eloknya berhentilah dahulu dan
kerjakanlah solat kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita.
~ Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah ialah keyakinan pada frekuensi otot , saraf dan tulang.
Waktu ISYAK :
~ Alam
berubah ke warna indigo dan memasuki alam kegelapan. Waktu Isyak menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensi bersamaan dengan sistem
kawalan otak.
~ Inilah
waktu yang sesuai untuk tidur dalam Islam tapi pastikan solat dulu.
~ Mereka yang selalu meninggalkannya
akan mengalami kegelisahan.
SELEPAS TENGAH MALAM,
ALAM MULA BERSINAR KEMBALI DENGAN WARNA PUTIH, MERAH JAMBU DAN SETERUSNYA UNGU
DIMANA IA BERSAMAAN DENGAN KELENJAR PINEAL, PITUITARI, TALAMUS DAN HIPOTALAMUS.
SEPATUTNYA TUBUH KEMBALI BANGKIT PADA WAKTU INI DAN DALAM ISLAM WAKTU INI
DIPANGGIL QIAMULLAIL..
Kata Nabi Muhammad S.A.W:Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di
wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan
barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang
tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barang siapa
yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
No comments:
Post a Comment