Monday, 19 March 2012

kata kata hikmah :)

1. Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan dan siapa yg terus berzikir sentiasa beristigfar dan mmperbanyakan doa,maka ia adalah seorang hamba Allah yg soleh.


 2. Sebaik-baik sahabat ialah orang yg anda percayai,anda merasa damai dgnnya,anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya,ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda. 


 3. Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal,tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikkan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian,maka hal itu adalah mustahil.


 4. Wanita yg cantik lagi takwa,rumah yg luas,rezeki yg cukup, dan tetangga yg soleh adalah kenikmatan yg kurang disedari oleh kebanyakkan manusia.


 5. Kemampuan melupakan hal-hal yg tidak disenangi adalah suatu nikmat,mengingat nikmat2 adalah kebaikan,dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan


. 6. Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam,bekerja lebih nikmat daripada menganggur,qanaah lebih bernilai daripada harta,dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.


 7. Bersendirian itu lebih baik daripada kawan yg jahat,dan kawan yg soleh lebih baik daripada bersendirian,uzlah adalah ibadah,sementara berfikir adalah ibadah dalam bentuk yg lain. 


 8. Perilaku buruk adalah azab,kedengkian adalah racun,ghibah adalah kehinaan,dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian.


 9. Mesyukuri nikmat akan menghapuskan bencana, meninggalkan dosa adalah kehidupan hati,dan mengalahkan nafsu adalah kelazatan orang-orang besar. 


 10. Kebahagiaan ilmu pengatahuan itu bersifat tetap,keagungannya kekal, namanya selalu dikenang ;sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap,keagungannya akan hilang,dan namanya segara dilupakan. 


 11. Sembahyang diwaktu malam adalah keagungan siang hari,senang memberikan kebaikkan kepada orang lain adalah satu bentuk kebersihan hati,dan menunggu pertolongan dari Allah adalah ibadah.


 12. Dalam musibah itu terdapat empat seni,iaitu mencari pahala dari Allah,berkawan dengan kesabaran,berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t. 


 13. Sembahyang berjemaah,menunaikan kewajipan, cinta kepada kaum muslimin ,meninggalkan dosa,dan makanan yg halal,adalah kebaikan dunia dan akhirat. 


 14. Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nangguh taubat,memusuhi manusia ,derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, dan menyebarkan rahsia. 


 15. Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah,senang melakukan dosa,tidak dipeduli dengan sebutan yg buruk,merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh. 


 16. Orang yg tidak bahagia dirumahnya tidaka akan bahagia di tempat lain. Orang yg tidak dicinta keluarganya nescaya tidak akan dicinta siapa pun. Orang yg menyia-nyiakan hari ini akan menyia-nyiakan hari esok.


 17. Empat hal yg mendatangkan kebahagiaan ,iaitu buku yg bermanfaat,anak yg berbakti,isteri yg dicintai, dan kawan yg soleh. Dan Allah lah yg mengantikan seluruhnya. 


18. Keimanan,kesihatan,kekayaan,kebebasan,kemudahan dan ilmu pengetahuan intisari dari apa yg ingin diraih oleh orang yg berakal dan sedikit sekali hal itu dapat terkumpul secara serentak. 


19. Hati yg selalu bahagia akan membunuh virus penderitaan, demikian juga jiwa yg pasrah kepada takdir Allah s.w.t akan menghancurkan bacteria kebenciaan.


 20. Seorang yg bahagia tidak akn dihinggapi kefasikan,perasaan sakit,sedih,terasing,terbelenggu juga tidak dililit hutang dan tidak dibenci manusia. 


21. Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan,hilangnya permusuhan ,hidup dihiasi amal soleh’ dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu. 


22. Jalan yg paling selamat adalah menuju ke rumah. Hari yg paling indah adalah hari yg diisi dengan amal soleh. Saat yg paling buruk adalah ketika engkau melakukan kejahatan kepada orang lain.


 23. Kenikmatan dunia hanyalah fatamorgana. Penderitaan atau musibah adalah penghapusan dosa. Kemarahan adalah api yg menghanguskan. Waktu kosong adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan.


 24. Hari kelmarin telah tiada. Hari ini sedang berlangsung. Semantara hari esok belum lahir. Harimu adalah hari ini maka isilah ia dengan ketaatan nescaya engkau akan mendapat keuntungan.


 25. Istighfar membuka pintu rahmat ,melapangkan hati dan fikiran,serta menghilangkan kesempitan. Ia adalah kunci untuk mencapai rezeki sekali gus hidayah ilahi. 


26. Enam hal pokok yg harus dimililki dalam mengharungi hidup adalah agama,ilmu,kekayaan,keperibadian yg baik,kesihatan,dan sikap pemaaf. 


27. Biasakan dirimu menjadi pendengar yg baik, tidak memotong pembicaraan orang lain,bertutur kata lemah lembut,bersikap santun,serta meninggalkan kesan positif di hati setiap orang yg mengenalmu. 


28. Kedua telingamu masih boleh mendengar.kedua mata mu masih boleh melihat. Lidah mu masih boleh berkata-kata. Selain itu,tubuhmu terbebas dari berbagai penyakit fizikal dan jiwamu sihat. Adakah semua kenikmatan itu sudah engkau syukuri ? 


29. Jika orang mengkritikmu maka bererti engkau telah melakukan hal-hal yg patut untuk diperhatikan atau diingat denagn demikian, dirimu sebenarnya telah melebihi mereka,baik dalam hal ilmu,harta,pangkat, atau kemuliaan. 


30. Renungkan juga firman Allah s.w.t. berikut ini : dan pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang,disirami dengan air yg sama. (ar-Ra’d:4) 


31. Iimu adalah pendamping dalam persendirian,kawan dalam keterasingan,pengiring dikala sepi,penunjuk kepada jalan kebenaran,penolong dalam kesempitan dan tabungan kebaikan untuk kehidupan setelah mati. 


32. Tidaklah hina orang yg hanya berpakaian compang camping dan berkasut usang selama ia tetap memiliki jiwa yg tunduk kepada Nya,mata yg selalu menangis (menyesali kesalahan), dan hati yg redha dengan takdir. 


33. Sebaik-baik harta adalah yg bermanfaat,laksana teropong/radar di padang gembalaan ia tetap terjaga dikala engaku tertidur,terus memantau tatkala dirimu senang pergi,dan tetap mengalir pahala setelah engkau tiada.


 34. Temukanlah keberuntungan dalam diam (tidak banyak bicara). Sesungguhnya orang yg lebih suka diam akan mulia dan dicintai manusia. Banyak kejahatan bersumber dari banyak bicara.


35. Hidup adalah persiapan menghadapi akhirat,pengurusan diri dalam mencari penghasilan ,mengecap kenikmatan yg tidak diharamkan,mempertajam akal,dan menyuciakn diri. Selain dari semua itu adalah kerosakkan atau tipuan. 


36. Menyendiri (dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t ) akan membentengimu dari pendengki,pencela,orang sombong , pengumpat,dan yg suka membanggakan diri. Lihatlah,betapa besar , di dalamnya! 


37. Ber pergian dari satu tempat ke tempat yg lain tidak akan membahagiakan mu selama engkau tetap membawa kesedihan dalam hatimu. Oleh itu,campakkan lah kegelisahan dari relung-relung hatimu dan isilah dengan kegembiraan. 


38. Jika jiwa dalam keadaan tenang maka datangnya fajar adalah laksana jalinan rambut yang indah, malam bagaikan rangkaian perayaan . Selain itu , semua orang akan nampak menyenangkan dan tinggal gubuk sederhana serasa di istana.


 39. Di antara kasih saying allah s.w.t. kepada manusia adalah dijadikannya orang – orang yang taat kepadanya kaya hati. Mereka,walau hanya makan dengan beberapa suap nasi, tetapi merasa telah memiliki seluruh dunia. 


 40. “ Jika hamba dianugerahi semangat yg tinggi maka dia akan berjalan di atas jalan keutamaan dan akan menaiki tangga darjat yg tinggi. “ 


41. “ semangat yg berkobar-kobar adalah hiasan para pewaris Nabi, sedangkan kesombongan adalah virus yg mengjangkiti para penzalim yg keji. “


 42. “ janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan. “


 43. Marilah kita hidup hari ini tanpa kesedihan.tanpa keresahan,tanpa kemarahan,tanpa kedengkian dan tanpa kebencian!!


 44. Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata maka anda akan menguasai keadaan, tidak akn terusik denagn kebenciaan,dan tidak merasa terancam denagn kekejian!! 


45. Perbuatan yg baik itu bagai wewangian yg bukan sahaja menggembirakan pemakainya,tetapi orang-orang yg berada disekelilingnya juga.


 46. Sesuatu yg membuat anda jd benar maka ia tidak akan membuat anda menjadi salah. Sebaliknya,apa yg membuat anda jadi salah maka ia tidak akan membuat anda menjadi benar.


 47. Orang yg cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yg bodoh akan membuat satu kerugiaan menjadi kemuflisan. 


48. Inagtlah bahawa hidup anda akan terasa hambar dam membosankan tanpa iman.


 49. Orang yg paling berakal ialah orang yg sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya. 


50. Hidup ini adalah seni bagaimana membuat sesuatu. Dan setiap seni boleh atau perlu dipelajari dan ditekuni. 


51. Sebenarnya semua orang sangat memerlukan senyuman, wajah yg selalu berseri,hati yg lapang,akhlak yg menawan,jiwa yg lembut dan pembawaan yg tidak kasar. 


52. Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga mesti selalu dibenci. Kerana mungkin sahaja rasa sakit itu malah akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang. 


53. Jangan cela orang yg sedang mabuk cinta dalam kemabukkan nya hingga belitan kuat derita mu beralih ke dalam deritanya. 


54. Jika anda ingin sentiasa bahagia,tuntutlah ilmu,galilah pengetahuan,dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan,kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap. 


55. Jangan berdukacita ,sebab ia hanya akan mendorong anda untuk menghentikan peralihan masa ,menahan matahari supaya tidak terbit,memutar jarum kebelakang,dan membawa air sungai kembali ke sumber asalnya. 


56. Cahaya fajar orang-orang yg ditimpa musibah itu sudah menyingsing maka alu-alulah kedatangan sang pagi dan tunggulah kemenangan dari sang penakluk. 


57. Bergembiralah,sebab kebanyakan hal yg engkau takutiadalah palsu. 


58. Rasulullah s.a.w. bersabda: hiduplah di dunia seakan akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yg sedang menumpang lalu. ( riwayat bukhari,termizi,ibnu majah, dan ahmad)


 59. Rasulullah s.a.w. bersabda: anggaplah sembahyang mu hari ini sebagai sembahyang yug terakhir. ( riwayatibnu majah dan ahmad)


 60. Rasulullah s.a.w. bersabda: jangan mengucapkan kata-kata yg kamu akan menyesalinya kemudian . ( riwayatibnu majah dan ahmad)

No comments:

Post a Comment