"Tiada
terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
“Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah
kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan
usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai.
Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering
digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos
memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen,
kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama
mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah
sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur
membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak
nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui
atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui
batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan
kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi
orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama.
Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui
perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan
dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada
kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya
ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu
berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu
ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta
Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah
sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta
mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa
salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya
telah kamu ikuti?
Pada ketika itu,
fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu.
Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari
keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri
pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun,
jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan
yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan
menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak
diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima
qada Allah, teruskan kehidupan
dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai
jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang
makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu
hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia
tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah
S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai
manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment