Monday 2 April 2012

Kelebihan ayat-ayat Al-Quran


Sebenarnya ayat al-Quran ada khasiat yang tersendiri. Seperti boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Kita sebagai manusia hanya boleh berikhtiar dan Allah yang menentukannya. Semuanya adalah atas izin Allah J
}  3 ayat pertama dari surah al imran – untk kesihatan bdn secara am
}  Ayat ke 28 surah ar Ra’du – utk menyembuhkan pnyakit jantung
}  3 ayat terakhir dri surah Al Hijr untk perempuan yg slalu keguguran
}  Baca 7 kali ayat 130 dri surah As Syura untuk menawarkan gigitan bisa
}  Baca surah al Ankabuut utk  menyembuhkan demam
}  Baca surah Lukman utk mghindarkan apa2 pnykit yg dtg dri perut
}  Baca 3 kali surah Al Waqiah lalu dhembuskan ke kepala pesakit yg menderita sakit kepala

Jadi marilah kita bersama-sama amalkan ayat-ayat ini. J.

Tuesday 27 March 2012

CINTA & JODOH CARA ISLAM



Bercinta mmg x salah kerana ia fitrah semula jadi dalam diri manusia yg Allah kurniakan kpd setiap manusia. Fitrah manusia mmg untk mencintai dan dicintai namun ada peraturannya yg telah ditetapkan oleh Allah.

PERATURAN CINTA
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Kerana Allah menyayangi manusia. Allah SWT inginkan keselamatan dan kesejahteraan manusia yg melaksanakan fitrahnya...
Apabila bermain dgn hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan, cinta yg pada awalnya suci dicemari dengan tuntutan nafsu dan kepentingan diri. Usah tertipu dgn janji2 palsu.
Itu hanyalah tipu daya syaitan yg menyesatkan dan memusnahkan manusia. Maka kita akn terlupa pd pencipta kita.
ALLAH SERING DIPINGGIRKAN
Tatkala leka dan lalai dgn penangan cinta terlarang hukum2 Allah dilanggar. Berpimpin tangan, usap mengusap bukanlah dosa bg mereka... Kita sering diingatkan berdua-duaan di tempat sunyi akan ada syaitan yang jadi orang ketiga. Namun itu semua seolah-olah halal bg mereka hanya kerana CINTA. Jadi tdk mustahil terhasilnya benih drpd hubungan terlarang... Indahkah cinta jika begini?
CINTAILAH DIA KERANA ALLAH
Maka kembalilah kita kpd Allah. Cinta yg sejati hnya kerana Allah SWT. Bagaimana untk mencintai kerana Allah? Jawapannya ialah....ikatan nikah yg sah untuk memudahkan lelaki atau perempuan itu menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah: ‘Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh utk disemprnakan’.
Jadi pasanglah niat untuk berkahwin jika ingin bercinta dgn seseorang. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada utk membajai percintaan itu sehingga ke jenjang pelamin.
3 kategori jodoh :
~ JODOH DARI SYAITAN
Lelaki dan perempuan berjalan sambil berpegangan tangan dan menuju kemaksiatan. Apabila si perempuan itu mengandung, barulah lelaki tadi menikahi perempuan itu.
~JODOH DARI JIN
Lelaki menyukai seorang perempuan, tapi perempuan itu tdk menyukai si lelaki td lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untk setuju nikah denganya.
~JODOH DARI ALLAH
Pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu lelaki td masuk meminang dan perempuan menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yg diredhai Allah. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yg dinamakan “syurga cinta” tanpa kemaksiatan.

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku???



"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
“Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!

Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

Saya Tahu Saya Tak Cantik



"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.

KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.


Ciri-Ciri Wanita Solehah



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Rahsia solat pada awal waktu...


Waktu SUBUH :
~ Pada waktu ini alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang berulang-ulang kali meninggalkannya atau terlewat waktu Subuh akan mengalami masalah komunikasi dan rezeki.
~ Lagi satu, tenaga alam biru tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) erti kata lain tidur. Sebab itulah kita diperintahkan solat pada awal waktu.
~ bermulanya azan Subuh tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimun. Tenaga inilah yang diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu sujud dan rukuk.
~ Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sudah tidak mendapat tenaga yang optimum.

Waktu ZUHUR :
~ Warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang ada kaitan dengan sistem penghadaman. Selain itu warna kuning juga berkaitan dengan keceriaan.
~ Jadi sesiapa yang meninggalkannya akan mengalami masalah di perut dan hilang sifat ceria di hatinya.

Waktu ASAR :
~ Seterusnya warna alam akan berubah ke warna oren iaitu masukknya waktu Asar. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
~ Oren ialah warna kreativiti. Orang yang tinggalkan waktu Asar ini akan hilang kreativinya.
~ Lebih malang lagi jasad dan roh seseorang ini akan terpisah (tidur).



Waktu MAGHRIB :
~ Alam berubah ke waktu merah. Orang tua-tua selalu berpesan agar jangan duduk di luar rumah. Kerana spektrum waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan mereka sangat bertenaga pada waktu ini.
~ Mereka yang sedang melakukan sesuatu pekerjaan seelok-eloknya berhentilah dahulu dan kerjakanlah solat kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
~ Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot , saraf dan tulang.

Waktu ISYAK :
~ Alam berubah ke warna indigo dan memasuki alam kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensi bersamaan dengan sistem kawalan otak.
~ Inilah waktu yang sesuai untuk tidur dalam Islam tapi pastikan solat dulu.
~ Mereka yang selalu meninggalkannya akan mengalami kegelisahan.

SELEPAS TENGAH MALAM, ALAM MULA BERSINAR KEMBALI DENGAN WARNA PUTIH, MERAH JAMBU DAN SETERUSNYA UNGU DIMANA IA BERSAMAAN DENGAN KELENJAR PINEAL, PITUITARI, TALAMUS DAN HIPOTALAMUS. SEPATUTNYA TUBUH KEMBALI BANGKIT PADA WAKTU INI DAN DALAM ISLAM WAKTU INI DIPANGGIL QIAMULLAIL..

Kata Nabi Muhammad S.A.W:Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di 


wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan 


barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang 


tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barang siapa 


yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.





KEBUTAAN YANG SEBENARNYA ADALAH BUTANYA HATI



“Masa itu tiada lain hanya kesulitan
lalu kemudahan datang mengiringinya atau kesempitan,
lalu kelapangan datang sesudahnya”

                Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun dia sangat bahagia bersama isteri yang menyintainya dengan tulus , anaknya yang berbakti dan seorang temannya yang sangat jujur. Satu-satunya yang mengurangkan kebahagiaannya adalah kegelapan hidup yang diharunginya. Dia berharap suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dia dapat menyaksikan kebahagian yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.

              Di tempatnya terdapat seorang doktor pakar mengenai mata. Dia pergi menemuinya dan meminta ubat kepadanya agar penglihatannya dapat dikembalikan seperti sediakala. Doktor itu memberi ubat berbentuk air yang dititis ke mata. Doktor itu berkata kepadanya “Dengan menggunakan ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali secara mandadak dalam waktu yang tidak dapat ditentukan.”

             Lelaki itu terus-menerus menggunakan ubat tersebut, sedang orang yang berada di sekitarnya telah putus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, sesudah dia menggunakan ubat tersebut selama beberapa hari, dia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia seolah-olah menjadi gila kerana begitu senang dan bahagianya. Lalu dia bergegas lari ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada isterinya yang tercinta. Namun bagai disambar petir dia mendapati isterinya sedang bermadu asmara dengan sahabatnya yang ternyata telah mengkhianatinya. Dia hampir tidak percaya dengan pemandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, dia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.

           Orang buta itu kembali ke tempatnya seraya berteriak:”Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila.” Dia pun mengambil paku dan mencangkul paku dan mencongkel matanya sendiri. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan menemukan kebahagiaan yang pernah dia rasakan sebelumnya.