Tuesday, 27 March 2012

KEBUTAAN YANG SEBENARNYA ADALAH BUTANYA HATI



“Masa itu tiada lain hanya kesulitan
lalu kemudahan datang mengiringinya atau kesempitan,
lalu kelapangan datang sesudahnya”

                Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun dia sangat bahagia bersama isteri yang menyintainya dengan tulus , anaknya yang berbakti dan seorang temannya yang sangat jujur. Satu-satunya yang mengurangkan kebahagiaannya adalah kegelapan hidup yang diharunginya. Dia berharap suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dia dapat menyaksikan kebahagian yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.

              Di tempatnya terdapat seorang doktor pakar mengenai mata. Dia pergi menemuinya dan meminta ubat kepadanya agar penglihatannya dapat dikembalikan seperti sediakala. Doktor itu memberi ubat berbentuk air yang dititis ke mata. Doktor itu berkata kepadanya “Dengan menggunakan ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali secara mandadak dalam waktu yang tidak dapat ditentukan.”

             Lelaki itu terus-menerus menggunakan ubat tersebut, sedang orang yang berada di sekitarnya telah putus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, sesudah dia menggunakan ubat tersebut selama beberapa hari, dia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia seolah-olah menjadi gila kerana begitu senang dan bahagianya. Lalu dia bergegas lari ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada isterinya yang tercinta. Namun bagai disambar petir dia mendapati isterinya sedang bermadu asmara dengan sahabatnya yang ternyata telah mengkhianatinya. Dia hampir tidak percaya dengan pemandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, dia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.

           Orang buta itu kembali ke tempatnya seraya berteriak:”Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila.” Dia pun mengambil paku dan mencangkul paku dan mencongkel matanya sendiri. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan menemukan kebahagiaan yang pernah dia rasakan sebelumnya.

No comments:

Post a Comment